
PUSAKA ULUNG MELAYU
Anda pengunjung ke:
KONSEP RETORIK MELAYU KLASIK
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1326), retorik dapat didefinisikan sebagai:
1. Kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau peertuturan.
2. Seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato.
3. Pertuturan atau tulisan yang menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar,
4. Berkaitan dengan, penuh dengan atau menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar.
Retorik (bahasa Greek: pemidato, guru) merupakan seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual atau tulisan. Definisi retorik sudah diperluas sejak retorik dijadikan satu bidang kajian di universiti. Oleh itu, retorik klasik (iaitu yang didefinisikan di atas) berbeza dengan retoik komtemporari yang turut melibatkan analisis teks tulisan dan visual. Retorik klasik diajar dalam sastera liberal asal dan trgolong dalam trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian tatabahasa menekankan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam pengkajian dan kritikan karya sastera. Logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baru melalui proses soal dan jawab. Manakala retorik menekanan kaedah memujuk dalam tempat awam dan politik, seperti Dewan Perhimpunan atau Mahkamah. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan politik. Konsep retorik telah diperluas daripada bidang politik, undang-undang, hubungan awam, melobi, pemasaran dan pengiklanan kepada bidang lain seperti kemanusiaan, agama, sains sosial, kewartawanan, sejarah ,kesusasteraan, kartografi dan seni bina. (Wikipedia, ensiklopedia bebas).Retorik merupakan istilah yang secara tradisional diberikan pada cara pemakaian bahasa sebagai seni yang didasarkan pada pengetahuan yang tersusun baik (Gorys Keraf, 1981:1). Dalam A Greek-English Lexicon, (Liddell, 1953), menjelaskan istilah rhetoric berasal daripada bahasa Greek purba, iaitu rhetorike (tekhne) yang biasanya diterjemahkan sebagai the rhetorical art atau art of rhetoric. Rhetoric technejuga boleh membawa maksud seni berpidato. Corax pula mendefinisikan retorik sebagai, the artificer or persuasion, iaitu bidang kajian tentang pemujukan (Abu Hassan Abdul & Mohd Rashid Md Idris, 2010:1). Secara umumnya, dapatlah difahami bahawa retorik merupakan seni pemakaian bahasa yang digunakan untuk memujuk dan meyakinkan khalayak yang mendengarnya.Retorik dalam karya Melayu terutama karya agung memperlihatkan orang Melayu lebih cenderung untuk menggunakan pelbagai retorik dalam penulisan sebagai daya penarik berbanding isi yang ingin disampaikan. Hal ini dibuktikan dengan pendapat yang dinyatakan oleh Mohd Affandi Hassan dalam Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Idris, (2010:23) bahawa apa juga usaha untuk menarik minat penonton contohnya penglipur lara, Tok Selampit dan Awang Batil memilih retorik seperti cerita-cerita tambahan, penggunaan suara dan sebagainya sebagai elemen retorik. Beliau juga menyatakan bahawa orang Melayu lebih mementingkan retorik daripada genre untuk mencapai sesuatu maksud.
JENIS-JENIS RETORIK MELAYU
PEMERIAN
-Kebiasaannya retorik jenis pemerian ini hadir ketika penulis ingin melakukan penjelasan atau huraian berkaitan sesuatu idea.-Retorik ini bermatlamat untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar.-Di antara ciri-ciri pemerian ialah dilaksanakan secara objektif, tepat dan jelas.-Contohnya memberi gambaran secara realistik berdasarkan fakta yang konkrit. Kedua, bahasa yang digunakan adalah jelas dan tersusun. Struktur penulisannya juga mempunyai pendahuluan, huraian dan kesimpulan dan yang ketiga teknik ini bersifat deskriptif dan informatif.​-Deskriptif bermaksud maklumat yang disampaikan secara huraian-Informatif pula adalah maklumat yang disampaikan secara pemberitahuan.
PEMUJUKAN
-Retorik pemujukan atau pengaruhan lazimnya akan melibatkan bahasa pujukan bagi mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain agar mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan.-Ciri-ciri retorik pemujukan ialah menggunakan bahasa yang manis, menarik dan mementingkan kehalusan berbahasa.-Hal ini bertujuan menarik khalayak berdasarkan pengaruh psikologi dengan menyatakan kehebatan atau kebaikan Sesutu yang sedang diperkatakan.-Kebiasaannya kita temui retorik ini dalam pengiklanan.PENERANGAN-Retorik ini berfungsi untuk memberi penjelasan berkenaan sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan tersusun misalnya dari satu langkah kepada langkah yang lain dan dari satu bahagian kepada bahagian yang seterusnya.
PENCERITAAN
​-Penceritaan atau boleh juga dikenali sebagai naratif bermaksud bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan mahu pun lisan.-Di antara contoh retorik penceritaan dalam penulisan ialah cerpen, novel, drama dan sebagainya.-Retorik penceritaan ini dapat dikenalpasti apabila mempunyai pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian.-Selain itu, biasanya retorik ini menggunakan gaya bahasa imejan, perlambangan, metafora, personafikasi dan banyak lagi.
PENDEDAHAN
​-Bentuk retorik yang mendedahkan, menampakkan sesuatu atau menunjukkan sesuatu perihal dengan jelas dan terperinci.-Matlamat retorik ini digunakan diantaranya ialah memberikan idea atau maklumat kepada khlayak.-Ciri-ciri retorik jenis ini ialah memberikan takrifan, dihuraikan secara jelas dan diserta dengan perbandingan.
PENGHUJAHAN
​-Retorik penghujahan ini membawa maksud pemujukan rasional atau intelek. -Biasanya retorik jenis ini digunakan dalam perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan akademik.-Di antara ciri-ciri penghujahan ialah memerlukan khalayak bersetuju dan yakin dengan pendapat yang dikemukakan serta haruslah disokong dengan bukti yang konkrit dan jelas.-Teknik penyampaian retorik jenis ini terbahagi kepada dua iaitu secara deduksi dan induksi.
RETORIK DAN GAYA BAHASA DALAM KARYA AGUNG
Gaya bahasa ialah gaya seseorang penulis menggunakan bahasa.Dalam penulisan karya agung, gaya bahasa yang digunakan ialah gaya bahasa sastera yang mempunyai nilai estetik yang tinggi.Oleh yang demikian, pemakaian bahasanya bukan sahaja bertujuan menyampaikan maklumat tetapi penyampaian idea dan maklumat tersebut menimbulkan rasa terharu, di samping meransang daya fikir dan akal pembaca.Ciri –ciri gaya bahasa dalam karya agung melayu telah diklasifikasikan kepada 15 jenis ragam bahasa (Pendeta Melayu Za’ba, 1962:206).Antaranya adalah:Bahasa sindiranBahasa menggiatBahasa mengejekBahasa terbalikBahasa merajukBahasa tempelakBahasa herdikBahasa melampauBahasa naikPertanyaan ingkar​



